10kg Hilang Jika Anda Lakukan Ini


Semua ingin memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan ramping.

11 Perkara Anda Perlu Ubah Untuk Kurus Secara Sihat

Di sini ada beberapa perkara  yang perlu anda lakukan perubahan untuk kuruskan badan dengan makan yang baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti . Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya.

1.Ubah Mindset Anda Letakkan Kesihatan yang paling utama

Perkara paling utama anda kena ubah adalah mindset anda, anda tidak lagi boleh ikut dengan rutin yang sama.Anda perlu ubah dari memikirkan diet kepada ubah gaya pemakanan anda dan gaya hidup anda , dan lakukan untuk jangka masa panjang.

Jangan hanya nak kurus sebab nak cantik, jadikan kesihatan itu fokus utama dalam plan anda, kalau kurus tak sihat nak buat apa kan ?Letakkan kesihatan no 1 dan kurus tu insyaAllah akan follow anda.

Pegang pada falsafah ini Jika anda mengejar Kecantikan , anda akan dapat cantik sahaja tetapi Cantik itu Subjektif, Jika anda meletakkan kurus itu matlamat utama, maka anda akan dapat kurus sahaja, tetapi Jika Matlamat anda adalah Kesihatan maka anda akan dapat Kesihatan, Kecantikan Kurus.

Sihat Itu MAHAL.

2.Buang MALAS!!

Ramai sangat yang menjadikan alasan malas untuk lepaskan diri dari kegemukan.Bila tanya kenapa tak buat ini, jawapan mudah adalah malas, please la kalau anda betul-betul ada kemahuan nak kurus malas ni dah kena campak masuk gaung dan tiada perkataan malas untuk orang yang nak berjaya.Kalau malas makan kan best tentu dalam masa 30 hari anda kurus dengan selamat, tak ghitu ya. Sudah lah dengan mentaliti malas ni , anda takkan ke mana selagi tak ubah sikap anda. Anda bila tak berjaya turunkan berat badan dengan rajinnya salahkan orang lain .Please behave dan berubah

3.Buang TIDAK Atau Tak

Ini satu lagi sikap negatif yang anda patut buang jauh ke dasar lautan hindi. Bila buat sesuatu yang baru anda perlu mulakan dengan pemikiran yang positif dan mencuba dahulu dan jangan awal-awal dah kata tidak. Sampai ada yang kita suruh elakkan minum manis boleh katanya tak boleh tak minum manis nanti ketar.Hallo minuman tu laa penyebab kegemukan anda , cubala dulu jangan duk kata tidak memanjang.

Ada lagi beri alasan saya suka masak dan ada kedai makan susah nak jaga makan.Wahai cik adik manis bukan nak suruh makan semua apa adik masak dan bukan nak suruh makan semua yang ada kat kedai makan tu, tapi buatlah pilihan yang sendiri , anda masak anda kawal , anda jual kuih 40 jenis takkan semua 40 jenis nak telan.

Cukup-cukuplah beri alasan ya, orang berjaya punya perlukan satu  alasan untuk berjaya, tapi orang GAGAL akan mencari seribu alasan untuk menutup kegagalan mereka.
Pilihlah yang mana satu anda!!

4.Elakkan Makanan Ringan

selain itu anda perlu buat perubahan denga mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.

5.Ambil Makanan Tinggi Serat 

Pengambilan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya adalah sangat digalakkan.Karbohidrat jenis ini adalah berglisemik indeks rendah.

Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.

6.Amalkan Protein Sihat

Perkara lain yang perlu di ubah adalah dari segi pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’.Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.Perbanyakkan makanan tinggi protein putih  seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.

7.Banyakkan Makan Buah-Buahan

 Ini yang selalu saya jumpa, kita memandang ringan khasiat dari makan banyak buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda.

Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya.

Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti  buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.

8. Pilih Menu Yang Betul 

Sangat penting apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul.Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.

9.Penting Minum Air Kosong

Banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’.Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

10. Pengambilan Suplemen Tambahan

Amalkan pengambilan suplemen seperti minyak zaitun , minyak kelapa dara ,multivitamin , vitamin C, vitamin E , anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain.

Ini membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum.

Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 yang terdapat dalam minyak zaitun boleh menurunkan berat badan.

11.Tambahkan Probiotik Dalam Menu Anda

Pengambilan probiotik secara kerap adalah sangat digalakkan. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan probiotik.Tetapi pilih dengan berhati-hati sebab terdapat jumlah gula yang tinggi di dalam minuman kultur yang ada di pasaran.
Saranan saya beli yogurt kosong dan anda boleh campurkan dengan buah-buahan pilihan sendiri dan ini dapat mengelakkan dari berlebihan gula.

Mudah-mudahan dengan apa yang saya diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh anda.

Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’.

Teruskan usaha secara konsisten untuk mendapat kesihatan yang baik , wajah berseri, tubuh kurus dan menawan.

Semoga berjaya.


Comments