Kenapa Anda Perlu Turunkan Berat Badan?.


Ada orang yg cakap tak kesahlah badan besar sekalipun, dah kawin kan. Ada jugak yg cakap biarla org nampak kita hodoh sebab gemuk asalkan kita cantik di hadapan tuhan. Hehe. Mungkin betul sebahagian kata2 tu tapi banyak jugak yg silapnya.

Betul ke kalau gemuk kita takde masalah? Cuba fikir, bila badan gemuk maka banyak masalah kesihatan. Orang cakap tak kisah la gemuk pon, tak pernah menyusahkan orang lain. Semua kerja boleh buat sendiri kan. Tapi persoalannya sampai bila? 

Selagi kita sihat ni Alhamdulillah. Boleh la kita nak buat kerja sendiri. Bersihkan diri sendiri. Solat sendiri. Nanti kalau dah sakit, kita akan rasa kita ni useless. Ibadah pon tak ketahuan hala pastu dok salahkan diri sebab susahkan orang lain. Ye la, kalau badan besar, jatuh sakit, tak boleh bangun, nak ke tandas tak boleh jalan, terpaksala mintak bantuan orang lain kan? 

Bila rasa ok dengan berat badan yg tak sihat, maka akhirnya kita takkan jaga kesihatan kita. Bila selesa dengan berat badan kita maka nanti kita takkan ambil inisiatif untuk ambil makanan yg sihat. Akhirnya, tabiat makan yg tak sihat menyebabkan berat badan makin bertambah dan kemudiannya kita akan dapat penyakit.

 Ada jugak yg cakap kurus ke gemuk ke yg penting kan taqwa dan amalan. Sebab takde perbezaan manusia ni melainkan taqwa. Tapi cuba fikir balik, kalau kita sihat bukan ke amalan kita lebih sempurna. Ibadah kita lebih perfect. Nak buat amalan sunat pon takde masalah. Nak solat tahajjud tengah malam kul 2 3 pagi takde sakit lutut. Nak puasa takde masalah. Kalau kita gemuk, kita jadi malas. Nak bawak badan pon malas. Kita jadi kurang produktif. Sebab tu la kena kurus. Sebab kurus bukan sekadar nak jadi cantik. Tapi lebih daripada tu supaya mudah kita nak beramal ibadah.


"Daripada Aisyah ra, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari)"

.
Sekiranya berat badan berlebihan, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:


> Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
> Strok (angin ahmar)
>  Tekanan darah tinggi
>  Batu hempedu
>  Diabetes (kencing manis)
>  Paras kolestrol darah yang tinggi
>  Gout
>  Sakit di bahagian bawah belakang badan
>  Sukar bernafas
>  Osteoartritis spina  (tulang belakang),  pinggang    atau  lutut
>  Gangguan pembuangan air kecil
>  Penyakit hati
>  Barah usus



Pernahkah anda mendengar istilah BMI (Body Mass Index)? BMI atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.
Berat (Kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
>  Kurang dari < 20 = Kurang berat badan 
>  20 hingga 25       = Berat badan unggul 
>  25 hingga 30       = Berlebihan berat badan 
>  Lebih dari > 30    = Obesiti 

Agak-agaknya di manakah kedudukan kita? Setelah mendapat keputusan BMI, bolehlah kita  menentukan sama ada kita  tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus

Julat sihat (berat badan unggul) adalah antara 20 hingga 25. Pengiraan BMI ini hanya diterima pakai bagi usia antara 18 hingga 64 tahun .

             Berat badan anda berlebihan? Jangan risau, pasti ada penyelesaian jika anda benar-benar inginkan perubahan. Langkah seterusnya, setkan dalam otak sebab-sebab mengapa perlu kurus: 
.
1. Kesihatan yang baik : Risiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis dapat dikurangkan jika badan kurus. 

2. Jimat duit makan : Jika badan gemuk, makan pun pasti  berselera besar.Shopping barangan dapur pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). Nak jimat kena la kurus. 

4. Meningkatkan keyakinan diri : Estim diri bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Panggilan  'kakak' atau 'makcik' dapat dilenyapkan. Di samping itu, mudah mencari pasangan hidup. 

5. Membuktikan bahawa diri mampu berubah : Ramai insan yang mencabar kita untuk kurus. Oleh itu, buktikan kepada mereka bahawa kita semestinya boleh kurus dan cantik. 

6. Memberi kepuasan kepada diri sendiri : Satu kepuasan jika dapat mencapai sasaran. Cabaran paling besar dalam hidup si gemuk adalah di saat perpisahan dengan makanan kegemarannya. 

7. Senang mencari saiz baju : Dulu kurus, baju saiz S atau M je. Tapi kini dah jadi saiz L atau XL. Sayang dah tak boleh pakai baju saiz S atau M tu.  Kalau dipakai juga, sebiji macam sarung nangka. 

8. Memudahkan pergerakan : Kalau naik pengangkutan awam (bas, komuter) yang padat, sukar untuk menyelit masuk dengan tubuh badan yang besar. Terpaksa tunggu bas atau tren seterusnya. 
.
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh orang yang nak kurus adalah berazam dalam hati dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa ''mencegah itu lebih baik daripada mengubati''.




Nak resepi diet harian???
klik >>> Resepi Diet Harian .

Profile: 
      Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera kepada semua yang sudi baca tips-tips yang saya kongsikan. 
       Nama saya Hasmy yusuff lebih dikenali dengan nama Amy. Sekiranya anda dapat mesej dari Amy. Itu bermakna anda pernah menghubungi pihak kami sebelum ini. Mungkin anda dah terdelete mesej-mesej sebelum ini.
     Saya adalah Slimming & Beauty Consultant yang telah dilantik secara rasmi bagi produk Fihydar & Amysh. Sepanjang 3 tahun ini lebih 13 876 orang client yang mengalami masalah obesiti Amy berjaya bantu untuk turunkan berat badan mereka dengan berkesan dan atas bimbingan Amy sendiri.
     Jadi setiap perkara yang Amy suggestkan Adalah berquality dan terbukti berkesan. Begitu juga produk-produk yang dicadangkan adalah melepasi piawaian pihak KKM & 100% halal.
      
Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp Amy di : +6016 756 7545.


Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Semoga segala matlamat andai tercapai.





Comments